Operasi SK Jeram diteruskan seperti biasa
Iklan
Kah Woh (kanan) tiba di lobi HTAA bagi melawat lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran serta sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada Ahad.
KUANTAN - Sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka berjalan seperti biasa, walaupun berlaku kekurangan guru dan kakitangan sekolah selepas terlibat dalam kemalangan bas serta treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada Ahad.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Melaka sedang membantu pihak sekolah bagi memastikan sesi pelajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas.
Iklan
Iklan
"PPD telah memberikan bantuan kepada pihak sekolah untuk mengatur dari segi jadual dan pengoperasian sekolah.
"Jadi, dari segi itu (pengoperasian sekolah) tiada masalah, cuma apa yang penting (adalah) kita bersama-sama mendoakan mereka yang dirawat (dalam keadaan baik)," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mangsa kemalangan yang masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Kah Woh memberitahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Pahang bersedia memberikan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat.
Iklan
Jelasnya, pihaknya juga telah melakukan lawatan selepas kejadian itu bagi melihat keadaan mereka.
"Kita melalui pasukan kaunseling daripada JPN dan PPD buat lawatan bagi memastikan kestabilan emosi cikgu dan murid yang terlibat dalam kemalangan ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai lima mangsa terdiri dari empat orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid masih menerima rawatan di HTAA.
Daripada lima mangsa itu juga, empat darinya ditempatkan di wad biasa manakala seorang guru berada dalam unit rawatan rapi (ICU).
Sebelum ini, empat disahkan meninggal dunia dalam kemalangan yang dianggarkan berlaku pada jam 12.30 pagi Ahad, apabila bas terbabit telah terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan 22 guru dan lima kakitangan SK Jeram, bersama keluarga mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.