[VIDEO] Penyasaran subsidi: PM sebelum ini tiada tekad politik, kata Anwar
Iklan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa semua Perdana Menteri sebelum ini bersetuju terhadap penyasaran subsidi namun tidak berkemampuan untuk melaksanakannya berikutan tiada tekad politik.
Menurut Perdana Menteri ke-10 itu, beliau sedar tindakan penyarasan subsidi mempunyai risiko, namun ia tiada pilihan demi menyelamatkan negara.
Iklan
Iklan
"Siapa mahu penyelarasan subsidi ini? Kena tahu apa pun yang lakukan kita akan dihentam habis-habisan, segala fitnah dan penipuan, tak semestinya pakai songkok, serban, tapi tipu terus-menerus."
"Risikonya ada tetapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Iklan
Harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter mulai 12 tengah malam tadi. Foto Bernama
Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.
Ia bagi memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.
Iklan
Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.
Selaras dengan langkah itu, pengguna yang layak akan menerima bantuan bantuan tunai Budi Madani RM200 sebulan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>