TAWAU - Seramai 153 pendatang asing tanpa izin warganegara Indonesia yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Tawau dihantar ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak yang menaiki Feri Purnama Express.