Kayuhan amal bawa misi The Greater Kedah
Iklan
Muhammad Sanusi menyertai kayuhan bersempena program The Greater Kedah Charity Ride 2024 di Masjid Kampung Musa, mukim Pedu, di sini, pada Sabtu.
KUALA NERANG - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mengambil inisiatif mengadakan kayuhan amal 'The Greater Kedah Charity Ride 2024' demi membawa misi 'The Greater Kedah'.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNK, Datuk Isahak Murat berkata, PKNK menjadi agensi pertama menganjurkan kayuhan amal di bawah slogan The Greater Kedah.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya mendapat inspirasi itu daripada idea gagasan The Greater Kedah dicetuskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
"Hasil (cetusan) Yang Amat Berhormat, (PKNK) mengambil inisiatif untuk menganjurkan kayuhan ini selain dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.
Iklan
"Selain menganjurkan kayuhan ini, PKNK juga mencetak dan menjual T-shirt (The Greater Kedah). Jadi, T-shirt yang kita pakai ini adalah T-shirt eksklusif," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika berucap program The Greater Kedah Charity Ride 2024 di Masjid Kampung Musa, mukim Pedu, di sini, pada Sabtu.
Iklan
Beliau berharap, orang ramai termasuklah wakil rakyat dapat memakai baju-T terbabit dalam pelbagai acara, sekali gus mempromosikan gagasan The Greater Kedah.
Isahak berkata, mana-mana pihak yang berminat dan ingin mendapatkan baju-T itu boleh berhubung lanjut dengan pihak PKNK.
Muhammad Sanusi (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program The Greater Kedah Charity Ride 2024 di Masjid Kampung Musa, mukim Pedu, di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau melahirkan harapan, semua pihak dan agensi di Kedah sentiasa menjalin kerjasama rapat dalam merealisasikan misi The Greater Kedah itu.
Antara lain, kata Isahak, ia termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Masjid Kampung Musa.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata,beliau berterima kasih kepada PKNK yang menganjurkan program kayuhan amal yang julung-julung kalinya dibawah nama The Greater Kedah.
Beliau menambah, selain kayuhan amal, sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan wakalah turut diberikan kepada penerima terdiri daripada warga emas datn orang sakit terlantar.
Ujarnya lagi, beliau menyambut baik acara kayuhan amal itu, sekaligus berharap ia diteruskan selepas ini di daerah-daerah lain di Kedah.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, beliau ingin memastikan pembangunan ekonomi Kedah tidak tertumpu di kawasan tertentu sahaja melalui The Greater Kedah.
Beliau yakin, hasrat terbabit dalam direalisasikan dengan komitmen dari seluruh pimpinan semua peringkat dari agensi, daerah, negeri sehinggalah persekutuan.
Sebelum itu, Muhammad Sanusi turut mengambil bahagian dalam acara kayuhan amal sejauh kira-kira 30 kilometer (km) sekitar mukim Pedu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.