Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Iklan
Tangkap layar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut bagi penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum negara itu.
Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
Iklan
Iklan
"Perdana Menteri Modi telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan membawa manfaat kepada wilayah berkenaan," kata Anwar.
Beliau juga menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Modi bagi mengukuhkan hubungan dua negara.
Iklan
"Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempateri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India," katanya.
Pengisytiharan kemenangan pilihan raya oleh Modi itu mencatat sejarah kerana beliau menjadi Perdana Menteri India pertama dalam tempoh 60 tahun yang mencapai kejayaan ini.
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>