Kontena Israel di Iskandar Puteri hanya transit, tak masuk Malaysia - JKDM
Iklan
JKDM Negeri Johor mengesahkan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel yang berada di pelabuhan sekitar Iskandar Puteri merupakan kontena muatan pindah kapal (transhipment). Gambar hiasan
JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor mengesahkan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel yang berada di pelabuhan sekitar Iskandar Puteri merupakan kontena muatan pindah kapal atau transhipment.
Pengarah JKDM Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, transhipment kontena adalah proses pergerakan barang yang dibenarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Iklan
Iklan
"Pihak berkuasa pelabuhan berkaitan telah mengesahkan bahawa kontena tersebut merupakan kontena muatan pindah kapal (transhipment) iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan oleh MOT.
"Sebagaimana proses transhipment biasa, kargo akan bergerak dari pelabuhan berlepas ke pelabuhan destinasi melalui pelabuhan ketiga dalam jadual perjalanan dan kontena tersebut akan transit (sementara) di pelabuhan ketiga dan akan ke destinasi seterusnya (negara lain)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Aminul Izmeer berkata, hasil semakan turut mendapati tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia sama ada melalui pintu keluar atau pintu masuk (import dan eksport) menggunakan kontena syarikat perkapalan tersebut.
"Pelabuhan berkenaan merupakan pelabuhan kedua di negeri Johor dan telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990.
Iklan
"JKDM Johor sentiasa memastikan kawalan yang sempurna di pintu keluar dan pintu masuk negara bagi urusan import atau eksport termasuk menguatkuasakan larangan import atau eksport kontena milik syarikat perkapalan dari Israel oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia," katanya.
Untuk rekod, pergerakan dalam zon bebas adalah tertakluk kepada Akta Zon Bebas 1990, dan dalam kawalan pihak berkuasa yang hak di zon bebas tersebut dan dalam konteks ini pihak berkuasa zon adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>