Dua suspek pecah cermin kereta diberkas

Iklan
Dua lelaki warga Indonesia diberkas kerana dipercayai terlibat dengan kes pecah cermin kereta.

PETALING JAYA - Tindakan dua lelaki warga Indonesia yang terlibat kes pecah cermin kereta dicekup semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua suspek berusia 37 dan 30 tahun itu ditahan pada jam 7 malam di hadapan tanah perkuburan Hindu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua suspek itu juga bergiat aktif melakukan pecah cermin kereta di kawasan Damansara semenjak awal bulan September tahun lalu.

"Penahanan tersebut turut melibatkan rampasan motosikal, dua topi keledar, dua telefon bimbit dan satu bungkusan lut sinar berisi serpihan palam pencucuh.

Iklan

"Siasatan lanjut, kita telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Besar Sungai Way, di sini.

"Kita turut merampas dua beg komputer riba, satu beg dompet, satu beg kotak kaca mata jenama Ray-Ban," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 9.05 malam, 27 September lalu, mangsa berusia 27 tahun telah parkir kereta jenis Honda City warna putih di pusat membeli belah berkenaan sebelum kemudiannya mendapati cermin bahagian penumpang hadapan telah dipecahkan.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kehilangan barangan iaitu Macbook Pro, hard disk, power bank, akses kad syarikat dan pengecas komputer riba dan telefon.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.