Pusat rawatan TH di Makkah dapat kelulusan permit
Iklan
Klinik Kecemasan Al-Janadriyah sentiasa bersedia memberi khidmat kepada jemaah haji yang memerlukan. (Gambar hiasan)
MAKKAH - Pusat Rawatan TH di Makkah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara terawal di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit beroperasi (Tasrih) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kelulusan ini membolehkan TH membuka pusat rawatan dan beroperasi sepenuhnya bagi musim haji kali ini.
Iklan
Iklan
"Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah bersetuju meluluskan permit Pengoperasian Perubatan kepada Pusat Rawatan TH Makkah, secara rasmi pada 4 Zulkaedah 1445H (12 Mei 2024).
"Ini menjadikan Malaysia antara negara terawal untuk mendapat permit operasi Pusat Perubatan di Makkah,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.
Iklan
Syed Saleh berkata, perkhidmatan kesihatan di Pusat Rawatan TH Makkah meliputi rawatan kecemasan, rawatan pesakit dalam dan perkhidmatan kepakaran termasuk kepakaran perubatan am, perubatan keluarga, anestesiologi atau bius, psikiatri dan kesihatan awam.
Syed Saleh
Menurutnya, perkhidmatan sokongan lain yang turut disediakan ialah perkhidmatan pergigian, panggilan ambulans, makmal perubatan, pengimejan dan diagnostik, fisioterapi, khidmat pemakanan diet pesakit, pemantauan kawalan penyakit serta pemantauan kualiti dan keselamatan makanan.
Iklan
"Kelulusan permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
"Ini juga pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Malaysia,” katanya.
Pada 16 Mei lalu, Pusat Rawatan TH di Madinah sudah mendapat kelulusan permit beroperasi oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi.
Ini adalah tahun ketiga berturut-turut Pusat Rawatan TH di Madinah mendapat kelulusan permit untuk beroperasi.
Kelulusan permit ini juga adalah satu pengiktirafan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan TH yang telah menunjukkan komitmen dan tahap profesionalisme yang tinggi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>