Ongkili secara rasmi serah tugas Presiden PBS
Iklan
Ongkili (kiri), Joachim
KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini secara rasmi menyerahkan tanggungjawab sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini.
Beliau turut melantik Dr Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Sabah, sebagai pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.
Iklan
Iklan
Menerusi mesej yang dibacakan oleh Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki pada mesyuarat itu yang diedarkan kepada media, Ongkili berkata, perasaan beliau agak bercampur-baur namun penyerahan tanggungjawab itu adalah perlu demi kepentingan parti.
"Hari ini, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan yang saya yakin akan membawa pembaharuan iaitu penyerahan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Presiden kepada pemangku yang saya sendiri pilih.
Iklan
"Ini selaras dengan peruntukan Perkara 15 (iii) (a) Perlembagaan PBS dan beliau ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam,” katanya.
Pada 6 April lepas, Majungki berkata, Ongkili akan berundur manakala Dr Joachim akan dilantik sebagai pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun iaitu hari ini.
Iklan
Ongkili, yang mengemudi PBS sejak enam tahun lepas berkata, bukan mudah untuk seorang pemimpin melepaskan jawatan, tanggungjawab dan peranannya kepada pengganti beliau dalam kalangan barisan kepemimpinan parti.
Beliau berkata, sudah pasti banyak persoalan akan timbul dan pelbagai cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang memegang jawatan Presiden dalam mana-mana parti atau pertubuhan terutama yang mempunyai begitu banyak sejarah dan amat bermakna buat rakyat Sabah.
Bagaimanapun, Ongkili berkata, berdasarkan keadaan kesihatannya sekarang yang memerlukan lebih perhatian dan tumpuan dalam proses pemulihan, beliau yakin pelantikan Dr Joachim adalah keputusan yang baik untuk PBS ketika ini.
"Saya berharap dengan pelantikan ini, kepimpinan parti kita akan kekal bersatu bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk rakyat dan negeri Sabah,” katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>