Fennec milik tentera mempunyai spesifikasi berbeza - Pakar
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Muhammad Fuad Mat Noor
SHAH ALAM - Pesawat ringan Fennec di bawah penyelenggaraan pihak tentera tidak dilengkapi kotak hitam kerana mempunyai spesifikasi berbeza daripada yang digunakan secara komersial oleh orang awam.
Penganalisis pertahanan dan geostrategis, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, setiap aset yang digunakan dalam siri latihan ketenteraan mempunyai risiko dan memerlukan pemeriksaan menyeluruh oleh pihak pengeluar peralatan tulen (OEM).
Iklan
Iklan
"Fennec mempunyai dua jenis iaitu untuk kegunaan orang awam dan juga tentera. Kalau digunakan oleh orang awam wajib ada kotak hitam, tetapi di bawah tentera ia berbeza sama sekali.
"Apabila pesawat milik tentera mengalami kemalangan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan kerana mempunyai risiko terutama jika terdapat operasi khas,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini, Lembaga Siasatan insiden helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, 23 April lalu mendapati kedua-dua helikopter tiada masalah teknikal.
Susulan daripada laporan tersebut juga tidak menyatakan nahas tersebut berpunca daripada faktor kesilapan manusia berikutan pesawat Fennec berkenaan tidak dilengkapi dengan kotak hitam.
Iklan
Sementara itu, menurut Muhammad Fuad, mana-mana pesawat ringan yang dijual secara komersial atau persendirian memerlukan kebenaran oleh pihak CAAM dan tertakluk di bawah beberapa akta.
Ujarnya, walaupun keadaan tersebut berbeza, namun keselamatan tetap menjadi keutamaan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
"Fennec yang digunakan secara komersial perlu mendapat kebenaran CAAM supaya ia lebih selamat dan mudah untuk disiasat jika terjadi sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>