Polis kawal latihan skuad Harimau Malaya

Iklan
Anggota polis di latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM.

KEM latihan Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya dikawal ketat oleh pihak polis susulan beberapa kes jenayah membabitkan pemain bola sepak negara.

Tinjauan Sukan Sinar pada hari pertama kem latihan mendapati seramai empat orang anggota polis berada di kawasan berhampiran padang sepanjang sesi latihan berlangsung.

Iklan
Iklan

Untuk faktor keselamatan juga, FAM tidak menggunakan bas rasmi Harimau Malaya untuk membawa para pemain dari hotel penginapan ke padang latihan.

Langkah FAM mengetatkan kawalan itu sudah tentu untuk lebih berjaga-jaga agar tiada pemain lain yang menjadi mangsa insiden jenayah tersebut.

Iklan

Sebelum ini, insiden jenayah membabitkan pemain bola sepak beberapa kali terjadi bermula kes membabitkan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun oleh individu tidak dikenali di kediamannya di Terengganu.

Selang dua hari kemudian, Faisal Halim pula telah disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Iklan

Selain itu, bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim turut menjadi mangsa serangan apabila cermin belakang kereta miliknya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian pada malam Selasa.

Terbaharu, kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimie Piee pula dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan kelab itu pada Khamis lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!