Pan-gon gugurkan Syafiq Ahmad

Iklan
Pemain Kedah Darul Aman FC, Muhammad Syafiq Ahmad (kiri) diasak pemain pertahanan Perak FC, Tommy Mawat Anak Bada (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2024 di Stadium Darul Aman Jumaat lalu.

SKUAD bola sepak negara mendapat satu lagi tamparan hebat selepas terpaksa melupakan khidmat penyerang, Syafiq Ahmad yang mengalami kecederaan menjelang baki dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, pemain tengah Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia akan menggantikan penyerang Kedah Darul Aman FC Itu.

Iklan
Iklan

"Semoga Syafiq cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Harimau Malaya telah kehilangan khidmat Faisal Halim yang sedang dirawat selepas disimbah asid 5 Mei lalu selain Arif Aiman, Romal Morales dan Azam Azmi Murad yang mengalami kecederaan.

Iklan

Ia sekali gus menyaksikan tugas sukar perlu dihadapi Pan-gon dalam mencongak kesebelasan terbaik untuk dua perlawanan penting itu.

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Iklan

Kemudian, mereka akan menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.

Ketika ini, Harimau Malaya berada di kedudukan ketiga kumpulan dan memerlukan kemenangan dalam dua baki perlawanan itu untuk mengesahkan tempat ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!