PRK Sungai Bakap: BN gerak jentera bantu calon Kerajaan Perpaduan

Iklan
Ahmad Zahid. Foto Bernama

SHANGHAI - Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO memberi jaminan akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, tidak kira siapapun calon daripada mana-mana parti komponen yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini, Kerajaan Perpaduan belum memperincikan mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan DUN berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita mendapati bahawa formula kita gunakan adalah mana-mana parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang berada dalam kedudukan kedua (dalam keputusan pilihan raya negeri pada Ogos tahun lepas), maka parti itulah akan menjadi calon. Kita akan perincikan tentang soal calon itu.

"Namun BN khususnya UMNO akan menggerakkan jentera di (PRK DUN) Sungai Bakap, biar siapapun calon yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada media Malaysia di sini pada Isnin.

Iklan

Ahmad Zahid yang kini dalam lawatan rasmi di China berkata demikian selepas menyaksikan majlis penandatanganan memorandum persefahaman, memorandum perjanjian serta surat niat, masing-masing antara SKS Coach Builders Sdn Bhd (SKS) dan CRRC Corporation; Mara Liner dan SKS; serta MARA Corp dan China Electrical Equipment Group.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Iklan

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!