Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang

Iklan
Sebuah rumah roboh selepas dilanda puting beliung di Temple, Texas, Amerika Syarikat pada Khamis.

MOSCOW - Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.

Badai kuat melanda Texas, Oklahoma, Arkansas dan Kentucky malam tadi, menurut laporan itu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa memberi amaran kepada jutaan penduduk di Arkansas, Illinois, Indiana, Kentucky, Missouri dan Tennessee mengenai ancaman puting beliung yang berterusan.

Menurut portal pemantauan poweroutage.us, hampir 500,000 pelanggan dari Texas ke Virginia dan Pennsylvania terputus bekalan elektrik. - Bernama/Sputnik

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!