PRK DUN Sungai Bakap: Mesyuarat khas Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang minggu ini

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN - Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat khas untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada hujung minggu ini.

Iklan
Iklan

"Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan akan aturkan mesyuarat dengan cepat, mungkin hujung minggu ini.

"Kita akan bincang mengenai persiapan menghadapi PRK dalam mesyuarat itu nanti. Saya difahamkan PKR sudah mula bermesyuarat," katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Iklan

Ditanya mengenai calon, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, perkara itu belum dimuktamadkan namun atas persetujuan bersama, calon dari PKR akan diberikan keutamaan.

"Calon-calon belum. Saya rasa boleh serahkan kepada PKR yang sebelum ini bertanding di situ.

Iklan

"Kita belum buat keputusan rasmi tetapi dalam persetujuan bersama, parti yg bertanding sebelum ini, diberi keutamaan," katanya lagi.

Tambah beliau, dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang semakin mantap dan kukuh, ia akan memberi kelebihan dalam PRK Sungai Bakap nanti.

"Kita harap begitu lah (memberi kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan)," katanya lagi.

Jumaat lalu, ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff telah meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 petang.

Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.

Bagaimanapun selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!