[VIDEO] Sudah kahwin, kerja antara faktor calon tidak duduki SPM

Iklan

KOTA KINABALU - Ada pelajar yang sudah bekerja dan sudah berkahwin antara dipercayai faktor seramai 984 calon di Sabah tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin berkata, pihaknya tidak menolak masih wujud keciciran daripada mengambil SPM, namun angkanya telah berkurang berbanding tahun lalu iaitu seramai 1,564 calon.

Iklan
Iklan

"Pelbagai faktor sebenarnya. Ada yang sudah bekerja, ada yang sudah berkahwin dan ada juga yang sudah meninggal dunia.

"Itu antara faktornya tetapi insya-ALLAH kita akan lihat bagaimana untuk kita bantu anak-anak yang kurang berminat untuk ke sekolah ini.

Iklan

"Masih (ada keciciran) tetapi berkuranglah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman peperiksaan SPM Tahun 2023 di Wisma JPNS di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas terdapat seramai 984 calon daripada 38,800 yang mendaftar peperiksaan tersebut tidak hadir untuk mengikuti peperiksaan SPM.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan situasi tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada pelajar itu sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup di masa hadapan.

"Agak membimbangkan kerana kesannya akan kita lihat kemudian di luar sana nanti, dalam bidang pekerjaan dan juga dalam kehidupan secara menyeluruhnya.

"Kerana SPM ini membuka banyak peluang di luar sana.

Nurani Fauziah ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM 2023 di Wisma JPNS, Kota Kinabalu pada Isnin.

"Dengan SPM ini, mereka boleh melakukan perkara lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Jadi, sekiranya anak-anak kita ini tiada SPM, akan menjejaskan sikit kelangsungan hidup mereka nanti," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 di seluruh negara tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!