484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang

Iklan
Nurani Fauziah (kiri) ketika menerima teks ucapan pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 di Wisma JPNS, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seramai 484 atau 1.38 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang bagi gred A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 344 calon atau 0.955 peratus pada 2022.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin berkata, seramai 38,800 calon telah mendaftar dalam peperiksaan SPM 2023, namun hanya 34,142 calon telah hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran bagi SPM tahun 2023.

Iklan
Iklan

"Pada keseluruhannya pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2023 adalah lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022 iaitu perbezaaan 0.13 mata," katanya dalam majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 di Wisma JPNS di sini, pada Isnin.

Sebelum itu, teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah JPNS, Nurani Fauziah Derin.

Iklan

Jelasnya lagi, berdasarkan GPN juga pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.10 mata iaitu 5.28 mata pada tahun 2023 berbanding 5.38 mata pada 2022.

"Angka yang semakin mengecil menunjukkan keputusan calon bandar semakin baik. Pencapaian calon luar bandar juga menurun sebanyak 0.20 mata iaitu 4.75 mata pada tahun 2023 berbanding 4.95 mata pada 2022.

Iklan

"Ini menunjukkan bahawa keputusan calon luar bandar juga semakin baik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!