30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah

Iklan
Api marak susulan serangan Israel ke atas kawasan dikhaskan untuk penduduk Palestin yang dipindahkan, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Rafah pada Sabtu. Foto Reuters

SEKURANG-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Israel di Rafah, kawasan di selatan semenanjung Gaza yang dikhususkan untuk pelarian.

Menurut pegawai perkhidmatan kecemasan awam dan kesihatan Palestin, serangan pada Ahad itu turut mencederakan puluhan rakyat Gaza.

Iklan
Iklan

Serangan berlaku di kawasan kejiranan Tel Al-Sultan di barat Rafah, di mana ribuan penduduk Gaza berlindung selepas ramai melarikan diri dari kawasan timur bandar itu sejak tentera rejim Israel memulakan serangan darat, dua minggu lalu.

Pengarah pejabat media Kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Thawabta memaklumkan, jumlah kematian mungkin melebihi 30 orang.

Iklan

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, hospitalnya di Rafah menerima kemasukan mangsa dan hospital lain juga turut menerima sejumlah besar pesakit.

Bagaimanapun, pihak rejim Israel enggan memberi sebarang komen susulan kejadian itu.

Iklan

Menurut pegawai perubatan, angka kematian terkini tidak dapat dianggarkan akibat ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!