Bunga durian digoreng, enak dihidang bersama nasi

Iklan
Alex menunjukkan cara membersihkan dan menggoreng bunga durian.

SHAH ALAM - Bukan sahaja buah digemari ramai, tetapi hidangan bunga durian goreng enak dimakan dengan nasi.

Resipi tersebut dikongsikan pengguna TikTok dikenali Alex mengenai cara memasak bunga durian.

Iklan
Iklan

Dia menyatakan tidak semua bahagian pada bunga raja buah itu boleh dimakan dan perlu dibersihkan.

Sebelum menggoreng, ia perlu direbus terlebih dahulu bertujuan untuk membuang lendiran.

Iklan

"Bunga durian yang sudah dimasak boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi panas.

"Selain goreng, bunga durian ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis cara ikut citarasa masing-masing," tulisnya di ruangan kapsyen.

Iklan

Sementara itu, Alex turut menunjukkan cecair yang terdapat pada bunga berkenaan yang baru dikutip merupakan madu manis yang boleh dihirup.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!