Lelaki Jepun bosan jadi anjing, tukar selera jadi musang dan panda

Iklan
Tako yang sudah lama menjalani kehidupan sebagai anjing berhasrat untuk menjadi panda atau musang. Foto Agensi

TOKYO - Seorang lelaki Jepun yang membelanjakan AS$14,000 (RM66,000) dengan mereka cipta kostum semata-mata mahu menjadi seekor anjing telah menyuarakan hasratnya berubah menjadi panda atau musang.

Sebelum ini, Toko pernah menceritakan kisah hidupnya dalam saluran YouTube bahawa dia 'berhasrat menjadi seekor haiwan'.

Iklan
Iklan

Katanya, dia mahu memenuhi impian semasa zaman kanak-kanaknya untuk meneroka alam haiwan dengan menjadi seekor anjing.

Baru-baru ini, Toko ditemu ramah stesen televisyen Jepun berkata, dia kini sedang menjalani kehidupan sebagai 'haiwan baharu'.

Iklan

Jelasnya, dia mempunyai empat kostum haiwan untuk ditiru tetapi hanya dapat memilih dua atas sebab logistik.

Sebelum ini, Toko memilih kostum yang ditempah khas seperti anjing dari baka collie yang mempunyai bulu panjang.

Iklan

Bagaimanapun, kali ini memutuskan untuk menjadi panda ataupun musang kerana saiznya hampir menyamai manusia selain perwatakan yang mudah ditiru.

Dia juga mendedahkan pernah menerima banyak komen di saluran YouTube miliknya dan segelintar pengikutnya ingin mengikut langkahnya menjadi haiwan.

Dalam pada itu, pakar psikologi mengatakan Toko mungkin seorang Therian atau kecenderungan meniru tingkah laku haiwan sehingga mereka taasub menjadi seperti haiwan pilihan mereka.

Berbeza pula dengan Furry iaitu individu yang suka memakai cosplay haiwan (Fursuit) dan sering dijumpai semasa pertandingan pakaian beragam di Jepun. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!