Soon Huat-Shevon juara Masters Malaysia

Iklan
Soon Huat (kiri) dan Shevon menjulang Piala Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024. Foto Bernama

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini pada Ahad.

Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Aksi Soon Huat (kanan) dan Shevon ketika menentang pemain Indonesia Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari pada pusingan akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama

Iklan
Iklan

Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

Soon Huat dan Shevon berpelukan meraikan kemenangan ke atas pemain Indonesia Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari pada pusingan akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad.

Iklan

Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik Covid-19. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!