Isu boikot khutbah Jumaat: Polis buka kertas siasatan

Iklan
Abang Zainal Abidin

IPOH - Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video palsu mengenai teks khutbah Jumaat di Perak yang menyentuh isu boikot.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aduan kes itu diterima daripada seorang lelaki berusia 42 tahun pada Sabtu yang tidak berpuas hati dengan video TikTok dimuat naik seorang pemilik akaun.

"Daripada keterangan diberikan, lelaki terbabit menyifatkan ulasan dalam video tersebut boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya umat Islam di Perak.

Iklan

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati, video berdurasi 1 minit dan 34 saat itu dimuat naik pemilik akaun 'Ustaz Nur' yang mempunyai lebih 18,000 pengikut.

Katanya, kandungan video tersebut juga merupakan ulasan berkenaan isu boikot semasa khutbah Jumaat pada 24 Mei lepas.

Iklan

"Hanya satu laporan diterima polis setakat ini.

"Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dan sensitif dalam berkongsi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya.

Menerusi paparan video terbabit, seorang lelaki mengenakan pakaian uniform sebuah pasukan kebajikan sukarela parti meminta khatib atau pembaca khutbah serta imam bertugas agar tidak membaca perenggan yang menyentuh perihal boikot.

Lelaki terbabit turut mendakwa bahawa terdapat 'tangan-tangan' yang memaksa untuk teks khutbah itu dikeluarkan dan dibacakan.

Akhbar pada Jumaat melaporkan, teks rasmi khutbah yang dibacakan di masjid dan surau diri Jumaat itu menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu antara lain menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan, Jabatan Mufti Perak akan tampil memberi penjelasan lanjut berhubung teks Khutbah tersebut.

Penjelasan itu bagi memastikan pengisian dan mesej sebenar dalam teks khutbah berkenaan dapat difahami orang ramai terutama umat Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!