Penjaga zoo Gaza rela terkorban pindah haiwan keluar zon perang

Iklan
Seorang penjaga zoo bermain-main dengna burung kakak tua yang ditempatkan di Khan Yunis ketika tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat di Rafah. AFP

KHAN YUNIS - Di sebuah kandang lembu di Khan Yunis, Gaza, seorang penjaga zoo Fathi Ahmed Gomaa telah membina sebuah 'rumah sementara' bagi menempatkan puluhan haiwan termasuk singa dan babun selepas membawanya keluar semasa konflik Hamas- Israel.

"Kami telah memindahkan semua haiwan yang ada kecuali tiga ekor singa yang besar yang tinggal di zoo Rafah.

Iklan
Iklan

"Saya kesuntukan masa dan tidak dapat memindahkan semua haiwan ini," katanya.

Fathi meninggalkan zoo tempat dia bekerja di Rafah selepas Israel mengarahkan pemindahan sebahagian bandar di selatan Gaza itu.

Iklan

Sebelum serangan berlaku, bandar bersempadan dengan Mesir telah terhindar daripada serangan darat dan lebih separuh daripada penduduk Genting Gaza berlindung di sana.

Kini, serangan Israel telah menyebabkan lebih 800,000 orang melarikan diri dari Rafah termasuk Fathi dan keluarganya.

Iklan

"Saya merayu kepada pihak berkuasa Israel bahawa haiwan ini tidak mempunyai kaitan dengan keganasan", kata Gomaa memberitahu AFP, sambil merayu memohon bantuan dengan agensi terbabit menyelamatkan singa yang ditinggalkan di Rafah.

Dia bimbang nasib singa itu tidak dapat bertahan lama di sana.

Penjaga zoo itu menambah dia telah kehilangan beberapa ekor haiwan akibat konflik termasuk tiga ekor anak singa, lima monyet dan sembilan tupai.

Di kandang lembu, Fathi menggunakan pagar yang diubahsuai menjadi tinggi supaya haiwan itu tidak melompat keluar. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!