Sungai Timun dicadang jadi hab pengeluaran udang galah

Iklan
Jalaluddin (tengah) hadir pada Program Sopit Biru Sungai Timun.

REMBAU - Kerajaan Negeri Sembilan bercadang menjadikan kawasan sepanjang Sungai Timun di sini sebagai hab pengeluaran udang galah di negeri ini menjelang tahun 2026.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, tindakan ke arah itu perlu dilakukan dari sekarang khususnya oleh Jabatan Perikanan(DOF), terutama dalam memastikan pengeluaran undang galah di situ berterusan.

Iklan
Iklan

"Maksudnya macam hari ini (Sabtu), saya lepaskan 64,000 benih dan dalam tempoh tujuh bulan lagi, benih-benih ini sudah dapat 'dituai' yang mana 60 ke 70 peratus daripadanya akan ada di kawasan sekitar, selain yang membiak.

"Jadi dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang, kita lepaskan benih lagi yang membolehkan pengeluaran udang galah di Sungai Timun ini tidak akan putus," katanya ditemui pemberita pada Program Sopit Biru Sungai Timun 2024 di Jeti Pengkalan Sungai Timun di sini pada Sabtu.

Iklan
Peserta memancing udang galah dilepaskan.

Menurutnya, dengan cara itu lokasi terbabit akan menjadi lokaliti untuk orang ramai termasuk pelancong bagi mendapatkan udang galah pada bila-bila masa.

Pada masa sama katanya, DOF diminta memastikan supaya semua penternak udang galah diberikan pendedahan dan ilmu berkenaan hidupan itu yang lebih spesifik.

Iklan

Tambahnya, ia bagi membantu penternak untuk mengeluarkan udang galah yang lebih berkualiti seperti mana di Thailand.

"Contohnya di Thailand, yang udang galah mereka begitu berkualiti dan pengeluaran mereka ikut jadual tertentu dan tak pernah putus.

"Tak mustahil Negeri Sembilan ke arah itu," ujarnya.

Dalam pada itu berkenaan program diadakan, Jalaluddin berkata, ia mendapat penyertaan 120 peserta dari pelbagai negeri dan boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!