Wujudkan garis panduan kawal penjualan produk 'ubat kuat'

Iklan
Yadim tegaskan sudah tiba masanya satu garis panduan diwujudkan bagi kawal kaedah penjualan dan pemasaran produk kesihatan dewasa termasuk 'ubat kuat'. Gambar kecil: Ani Anuar

SHAH ALAM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menegaskan sudah tiba masanya satu garis panduan diwujudkan bagi mengawal kaedah penjualan dan pemasaran produk kesihatan dewasa termasuk 'ubat kuat' yang tidak bermoral sejak kebelakangan ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Adi Anuar Azmin berkata, perkembangan semasa menunjukkan penjualan produk kesihatan yang menggunakan cara pemasaran yang tidak bermoral ketika ini membimbangkan pihaknya.

Iklan
Iklan

"Semakin ramai usahawan timbul masa kini yang menawarkan pelbagai bentuk produk di pasaran, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

"Bidang kosmetik dan perubatan umpamanya, antara yang pesat berkembang dan menyaksikan pelbagai produk kesihatan ditawarkan kepada masyarakat.

Iklan

"Ramai rakyat Malaysia yang berjaya dan muncul sebagai jutawan.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali ialah timbul pula segelintir yang menjual produk kesihatan dewasa menggunakan gaya pemasaran jelas tidak beretika untuk masyarakat negara ini yang mengamalkan budaya timur yang mengutamakan sopan santun dan adab yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Adi Anuar berkata, testimoni oleh pengguna yang kononnya sudah menggunakan 'ubat kuat' dipaparkan jelas di media cetak dan elektronik serta media sosial.

"Jika ditinjau di media sosial, muncul begitu banyak iklan produk-produk ini, sekali gus dapat kita simpulkan, ia akan mudah dilihat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kelucahan ini seolah-olah sudah jadi normal!

"Dengan sengaja ditonjolkan ia (produk itu) sebagai berkesan dan mampu bertahan lama.

"Iklan dipaparkan dengan begitu kreatif sekali kononnya ia mampu memuaskan pasangan.

"Pelbagai lagi pemasaran produk (juga dilakukan) yang sebenarnya memalukan kerana dengan mudah segenap lapisan masyarakat termasuk anak kecil dapat menontonnya tanpa sekatan dan halangan," ujarnya.

Justeru, Adi Anuar menegaskan, Yadim menyeru semua usahawan supaya sentiasa sensitif dan bijak dalam hal berkenaan agar ia tidak meleret dan membawa kepada pelbagai kemudaratan yang lebih buruk.

"Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud 'Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi ALLAH SWT pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bergaul (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut'.

"Dapat difahami daripada hadis ini, baginda mencela orang yang mendedahkan rahsia pasangannya dengan mengatakan bahawa mereka berada pada seburuk kedudukan di sisi ALLAH.

"Ini ditegaskan terutamanya dalam perkara sulit ehwal rumah tangga seperti istimta' (keseronokan antara suami isteri)," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!