'Jangan terlalu selesa berdepan India'

Iklan
Aksi Zarif Marican (kiri), Shahalril Aiman (dua kanan) dan Aidil Aiman (kanan) ketika menentang Jepun dalam acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa.

"BERKENAAN perlawanan menentang India, setiap pasukan yang kita tentang baik dalam peringkat kumpulan atau suku akhir, kita akan lebih serius sebab tidak mahu pemain-pemain terlalu selesa."

Itu pesanan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selepas anak-anak buahnya mengesahkan kemaraan ke suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kemenangan kedua hari ini melayakkan kita ke suku akhir.

Ditanya mengenai sebarang rombakan ketidakseimbangan regu ketika berdepan Jepun menjelang aksi berdepan India, bekas tekong negara itu berkata:"Ya, kalau kita lihat dari segi regu pertama statik dari segi persembahan serta prestasi mereka.

Iklan

"Kita harap mereka dapat perbaiki prestasi menjelang perlawanan peringkat kalah mati pada esok (Sabtu).

"Kalau lihat daripada barisan pemain yang kita susun, itu adalah regu yang memang kita padankan daripada peringkat fasa latihan. Jadi kita harap semua lebih bersiap sedia untuk suku akhir," katanya.

Iklan

Ditanya kemungkinan terdapat pemain yang direhatkan berdepan India, Ahmad Jais berkata:"Pemain-pemain yang sama kita akan tampilkan, cuma susunan regu akan mengalami rombakan".

Skuad sepak takraw negara meneruskan persembahan bertenaga acara berpasukan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 apabila mencatatkan kemenangan kedua ke atas Jepun, 3-0 dalam perlawanan Kumpulan C.

Ini kemenangan kedua selepas menjinakkan Brunei 3-0 menyaksikan skuad negara muncul juara kumpulan sementara naib juara milik Jepun.

Regu pertama negara, Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin menghadirkan mata Malaysia selepas mengatasi Ikki Mito, Daishi Tamaki serta Yota Ichikawa 15-13, 15-4.

Momentum positif itu diteruskan regu kedua Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias apabila mengenepikan cabaran Ryota Haruhara, Wataru Narawa dan Toshitaka Naito 15-5, 15-5.

Regu ketiga negara, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Muhammad Shahalril Aiman Halim melengkap tiga mata selepas mengatasi Kento Nakamura, Masaki Sasamoto serta Yuki Sato 15-5, 15-7.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!