Malaysia sambut baik keputusan ICJ arah Israel henti segera serangan di Rafah
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
KUALA LUMPUR - Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk arahan supaya Israel menghentikan dengan segera serangan tenteranya di Rafah.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, ICJ juga mengarahkan Israel supaya mengekalkan pembukaan pintu sempadan di Rafah bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Iklan
Iklan
"Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan yang dikeluarkan oleh ICJ berkenaan permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza (Afrika Selatan lwn Israel).
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mematuhi langkah-langkah sementara tambahan yang telah diputuskan oleh ICJ kerana kegagalan Israel untuk mematuhi arahan berkenaan adalah satu penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Iklan
ICJ juga mengarahkan Israel untuk memastikan akses tanpa halangan kepada mana-mana suruhanjaya siasatan, misi pencarian fakta atau badan siasatan yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan genosid di Gaza.
ICJ turut mengarahkan Tel Aviv untuk melaporkan tindakan yang telah diambil Israel mengenai arahan mahkamah dalam tempoh sebulan.
Iklan
Wisma Putra berkata, Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.
Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam berkata, Israel perlu segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian kepada penduduk Palestin di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Hakim membacakan perintah mengenai langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel.
ICJ berkata pengubahsuaian dalam perintah pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan di Rafah, iaitu pelarian Palestin telah berlindung daripada perang yang bermula pada Oktober. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mansuh AUKU: Suara mahasiswa tidak diketepikan - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Suara dan pandangan mahasiswa berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak akan diketepikan atau ‘disapu di bawah karpet’ tanpa sebarang tindakan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menyuarakan pandangan, kritikan mahupun penentangan terhadap isu berkaitan pendidikan tinggi, termasuk AUKU.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767426/berita/nasional/mansuh-auku-suara-mahasiswa-tidak-diketepikan-disapu-bawah-karpet---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU #Mahasiswa #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T09:11:02.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Z_hS21fYQIHqUW_Yh/x120"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9zjksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9zjksi"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>