Blok guna span bunga rancakkan industri batik

Iklan
Juhari (tengah) mencuba blok batik menggunakan span bunga hasil Inovasi KK Kuala Terengganu.

MARAN - Penggunaan blok batik cetak menggunakan span bunga dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa sekali gus merancakkan lagi industri batik di negara ini.

Inovasi span bunga itu hasil inisiatif Jabatan Teknologi Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang memperkenalkan teknologi Ezblok pada tahun lepas.

Iklan
Iklan

Pensyarahnya, Jamalul Azam Johari berkata, penggunaan span itu lebih murah berbanding blok kayu dan besi.

"Kos hanya beberapa ringgit menggunakan span berbanding hingga RM250 untuk blok kayu dan hingga RM600 untuk besi.

Iklan
Juhari (dua dari kiri) bersama Jamalul (kiri), Ayob (kanan) dan Mohamed Isha (tiga dari kanan) bersama batik yang dihasilkan di bengkel ini.

Beliau ditemui sempena Bengkel Penghasilan Produk Batik Berasaskan Motif Tembikar Terenang Kajian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Perkongsian Pembuatan Produk Batik Inovasi Ezblok Menggunakan Span Bunga KK Kuala Terengganu selama dua hari di Pusat Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraftangan (PPKK) Sungai Ling di sini baru-baru ini.

Selain Jamalul, bengkel yang juga melibatkan Ketua Penyelidik UMK, Ayob Awang manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Juhari Azmi.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi PPK Sungai Ling, Mohd Zain Jaafar dan Ketua Kampung Sungai Ling, Mohamed Isha Ibrahim.

Antara Ezblok yang dihasilkan oleh KK Kuala Terengganu.

Ujar beliau lagi, Ezblok itu juga telah mula mendapat perhatian pengusaha batik yang membuat tempahan untuk menggunakan span terbabit.

"Teknologi ini hasil kerjasama tenaga pengajar jabatan dan menyertai pertandingan Kumpulan Inovasi Kreatif Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun lepas," jelasnya.

Sementara itu, Juhari menyifatkan kolabrasi tersebut itu dapat memberikan impak lebih positif terhadap penghasilan batik khususnya di Pahang.

"UMK mengkaji dari segi motif pada tembikar terenang yang terdapat di Pahang.

"KK Kuala Terengganu pula menghasilkan inovasi ini yang dapat menjimatkan kos dan masa selain memberikan nilai tambah.

"Ia juga dapat membantu komuniti yang baru berjinak dalam penghasilan batik dengan merasai kaedah lebih ringkas tetapi indah serta dapat menjana pendapatan mereka," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!