Penduduk dakwa kenaikan cukai pintu Selangor membebankan

Iklan
Chee Seong menunjukkan perbezaan cukai lama dan kadar baharu dikeluarkan MPS bagi unit kediamannya di Selayang Jaya. Hoi Eng menunjukkan notis semakan nilai baharu cukai pintu dikeluarkan MPS April lalu. Hafizah

SELAYANG - Kenaikan cukai pintu Selangor yang ada antaranya mencecah hingga 200 peratus membebankan pengguna.

Seorang warga emas, Lee Chee Seong, 84, berkata, notis nilaian baharu dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaparkan kenaikan cukai pintu rumahnya di Selayang Jaya meningkat daripada RM169 kepada RM720 setahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri diminta mengkaji semula pelaksanaan tersebut yang dianggap tidak wajar dan membebankan penduduk terutama warga emas sepertinya.

"Kalau naik sikit tak apa, ini terus berkali ganda daripada kadar sebelumnya. Macam mana warga emas yang sudah tidak bekerja seperti saya mahu cari duit untuk tampung kenaikan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Dia ditemui ketika sidang akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu yang dijangka berkuat kuasa bermula tahun depan.

Chee Seong berkata, Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya dan tidak patut membebankan rakyat dengan kenaikan seperti ini.

Iklan

Ujarnya, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pelaksanaan kadar baharu tersebut.

Ahli PRM yang juga penduduk Sungai Serai Kuang, Rawang, Hafizah Zainuddin, 50, turut membantah kenaikan tersebut yang disifatkan tidak kena dengan masanya.

"Kami membantah sekerasnya kenaikan cukai pintu ini kerana tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Rakyat ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan jadi saya harap kerajaan dapat meneliti semula pelaksanaan ini," katanya.

Sementara itu, penduduk Taman Daya Kepong, Lee Hoi Eng, 38, berkata, medium notis bantahan menerusi kod QR disediakan MPS didakwa meragukan susulan tidak disertakan nombor rujukan untuk semakan status.

"Walaupun penduduk boleh kemuka bantahan hingga 31 Mei ini dengan mengisi borang pada pautan kod QR disediakan tetapi kami tidak dibekalkan nombor rujukan, jadi jika MPS minta bukti kita tak dapat nak lampirkan.

"Selain itu, saya pertikai kenapa tempoh bantahan singkat dan dilakukan secara tergesa-gesa.

"Adakah kerajaan hadapi masalah kewangan untuk bayar hutang atau bermotif keuntungan? Perkara ini perlu dijelaskan dan penduduk mahu tahu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!