Sejarah tercipta, kapal kontena terbesar berlabuh di Northport

Iklan
Kejayaan operasi kapal MV OOCL Japan menyerlahkan kemajuan infrastruktur Northport.

NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport) meraikan kejayaan bersejarahnya dengan mengalu-alukan MV OOCL Japan, kapal kontena terbesar yang pernah berlabuh di fasilitinya pada Isnin lalu.

Kapal dimiliki oleh Orient Overseas Container Line (OOCL) Limited itu mempunyai kapasiti sebanyak 21,413 unit bersamaan 20 kaki (TEU), sekali gus mencipta rekod baharu buat Northport.

Iklan
Iklan

MV OOCL Japan dibina pada 2017 dan kini berlayar di bawah bendera Hong Kong.

Kapal itu dilengkapi teknologi terkini dan kejuruteraan moden.

Iklan

Ia memilki kecekapan bahan api yang dipertingkatkan dan reka bentuk mesra alam, dengan pengurangan pelepasan karbon yang signifikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, peristiwa monumental tersebut menjadi bukti keupayaan Northport mengendalikan kapal-kapal kontena bersaiz ultra besar, serta mencerminkan komitmen pihaknya terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam sektor logistik maritim.

Iklan

"Kami amat berbangga menerima singgahan kapal MV OOCL Japan di Northport. Pencapaian bersejarah ini adalah hasil daripada usaha berterusan kami dalam meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Reinventing Northport', bagi memastikan pelabuhan berusia 61 tahun ini kekal relevan dan berdaya saing.

MV OOCL Japan mempunyai kapasiti sebanyak 21,413 TEU, sekali gus mencipta rekod baharu buat Northport.

"Keupayaan untuk menjadi persinggahan kapal sebesar ini adalah bukti keupayaan dan kesediaan Northport untuk mengendalikan permintaan perdagangan maritim antarabangsa yang terus berkembang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Azman menambah, kejayaan operasi kapal MV OOCL Japan menyerlahkan kemajuan infrastruktur Northport, termasuk kemudahan terminal di bahagian laut dan darat yang canggih, direka bentuk untuk mengendalikan kapal-kapal kontena terbesar dan kompleks pada hari ini.

Katanya, lebih 80 peratus kapal yang singgah di Northport kini boleh terus berlabuh sejurus tiba sekali gus membawa kepada tahap produktiviti yang tinggi melebihi 28 mph secara konsisten dan pengendalian kontena yang lebih cekap.

"Isu geopolitik di rantau Laut Merah telah menyebabkan gangguan kepada perdagangan dunia kerana syarikat-syarikat perkapalan menghadapi masalah kelewatan akibat perubahan laluan perkhidmatan perkapalan.

"Ini telah menyebabkan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan utama lain di rantau ini. Kami telah menerima lebih daripada 50 singgahan kapal secara ad-hoc pada tahun ini disebabkan oleh produktiviti yang lebih baik dan tawaran nilai berth on arrival (boleh terus berlabuh),” katanya.

Untuk rekod, persinggahan kapal terbesar di Northport sebelum ini adalah kapal Eugen Maersk, yang mempunyai kapasiti sebanyak 11,000 TEU pada 2013.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!