Kemenangan Piala FA mampu selamatkan musim buruk United

Iklan
Erik ten Hag

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag percaya kemenangan dalam aksi Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu boleh menyelamatkan musim buruk pasukan itu.

"Ini semua tentang trofi. Kami mempunyai peluang besar untuk memenangi trofi.

Iklan
Iklan

"Dalam 10 tahun kebelakangan ini, tidak ada begitu banyak trofi di kelab tetapi kami mempunyai peluang untuk memenangi dua trofi dalam dua tahun,” katanya, merujuk kepada kemenangan Piala Liga musim lalu.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Belanda itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada perlawanan itu akan menjadi perlawanan terakhirnya mengendalikan United.

Iklan

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan, saya hanya fokus pada tugas yang perlu saya lakukan dan itu ialah memenangi perlawanan pada hari Sabtu dan kemudian kami meneruskan perjalanan pasukan.

"Saya datang ke sini untuk memenangi trofi. Pada Sabtu saya mempunyai peluang untuk mencapainya dan kami memperoleh peluang ini sebagai satu pasukan," katanya.

Iklan

United telah menjulang Piala FA sebanyak 12 kali, tetapi hanya memperoleh satu kemenangan dalam lima penampilan perlawanan akhir mereka iaitu kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada masa tambahan pada 2016.

Mereka tewas kepada City 2-1 pada perlawanan akhir tahun lalu di Wembley.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!