Lelaki warga emas lemas jatuh longkang besar

Iklan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan punca kematian disebabkan lemas. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, pihak polis menjalankan pencarian dalam longkang berkenaan dan menemukan mayat lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan punca kematian disebabkan lemas serta tiada sebarang unsur jenayah.

Iklan

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!