‘Nga Kor Ming perlu akui kesilapan silam’ - Puad Zarkashi

Iklan
Mohd Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu mengakui kesilapan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana banyak berjanji, namun tidak ditepati.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kerajaan pada hari ini terpaksa mengakui bahawa idea cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta subsidi berfokus yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu baik untuk negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak salah jika kerajaan hari ini mengambil pendekatan tebalkan muka dan memperbetulkan kesilapan mereka.

"Kor Ming kata subsidi berfokus yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah memperbetulkan kesilapan silam. Betullah tu. PH memang buat banyak silap dan janji kosong.

Iklan

"Tidak salah kerajaan tebal muka untuk membetulkan kesilapan lama. Kalau tahu silap, kembalikan GST,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Kor Ming menyifatkan Anwar berani melakukan reformasi subsidi diesel secara bersasar.

Iklan

Beliau berkata, walaupun kerajaan sebelum ini menyedari berlakunya ketirisan dalam pengagihan subsidi itu, namun tiada pemimpin yang mahu memperbetulkan kesilapan sehingga mengakibatkan ketirisan semakin serius.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Puad, selepas meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH telah menolak idea tersebut sebaliknya mereka menggantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ujarnya, kini idea kerajaan terdahulu telah digunakan oleh PH dan mendapat pujian walaupun ia pernah dibantah oleh ramai pihak.

"Tetapi PH batalkan keputusan itu bila menang PRU14. Kini macam menjilat ludah sendiri,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!