Operasi diselaras MCBA bongkar kegiatan penyeludupan di Bintulu
Iklan
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) berjaya membongkar kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok tidak bercukai di Bintulu, Sarawak dalam satu operasi yang diselaraskan agensi itu Selasa lepas melibatkan rampasan berjumlah RM3.1 juta.
MCBA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa menahan enam warga asing terdiri daripada empat warga Indonesia dan dua warga India, selain turut menyita dua kenderaan.
Iklan
Iklan
"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” menurut kenyataan itu.
Operasi yang diketuai Biro Siasatan Jenayah Hidupan Liar, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sarawak itu merupakan sebahagian usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Iklan
"MCBA dan Polis Diraja Malaysia menerusi JKDNKA komited untuk terus bekerjasama dalam memerangi jenayah dan memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi," menurut kenyataan itu. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>