Harimau Malaya hilang khidmat Arif Aiman

Iklan
Arif Aiman

TONGGAK sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi terlepas dua baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan selepas mengalami kecederaan.

Perkara itu diumumkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang menyenaraikan 26 pemain yang terpilih ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin ini.

Iklan
Iklan

Situasi itu nyata menambahkan kerisauan untuk dua aksi penting itu selepas Harimau Malaya turut kehilangan pemain sayap kiri, Faisal Halim yang mengalami kecederaan akibat disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Selain Faisal dan Arif Aiman, skuad negara turut terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Azam Azmi Murad dan penyerang Romel Morales.

Iklan

Dalam pada itu, penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Muhammad Syafiq Ahmad kembali disenaraikan oleh Pan-gon selepas tampil menyerlah bersama pasukan dari utara itu dalam dua perlawanan awal Liga Super.

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Iklan

Kemudian, mereka akan menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.

Ketika ini, Harimau Malaya berada di kedudukan ketiga kumpulan dan memerlukan kemenangan dalam dua baki perlawanan itu untuk mengesahkan tempat ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!