Mohd Syafeeq belum salah, serah keputusan kepada mahkamah - MB Perlis

Iklan
Mohd Shukri

ARAU - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli percaya anaknya, Mohd Syafeeq belum didapati bersalah dan menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah.

Mohd Shukri berkata, anaknya ketika ini baharu melalui prosiding pendakwaan di mahkamah.

Iklan
Iklan

"Dia belum salah lagi, baru buat pertuduhan, ia prosedur mahkamah jadi kena ikut.

"Saya pun tak pasti apa pertuduhannya, selebihnya saya serahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussain di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah Mohd Shukri, beliau juga tidak sempat bertemu dengan anaknya untuk membincangkan mengenai isu berkenaan.

"Pagi tadi pun saya tak jumpa, dia di rumah dia, saya di rumah saya. Sebelum ini pun saya tak bercakap dengan dia (mengenai isu terbabit).

Iklan

"Saya serah semua kepada dia dan peguamnya untuk uruskan," katanya.

Pada Khamis, Mohd Syafeeq, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari lalu.

Mahkamah mengarahkan beliau membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!