Beruk pulas kelapa, biri-biri 'jangok' tarikan Festival Kesenian Rakyat Kelate
Iklan
Aktiviti beruk pulas kelapa antara tarikan utama pengunjung untuk hadir memerikan sambutan Festival Kesenian Rakyat Kelate 2024 (FKRK 2024) pada 1 hingga 3 Ogos nanti. Foto internet
BACHOK - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menampilkan aktiviti beruk pulas kelapa, biri-biri 'jangok' antara tarikan utama pengunjung untuk hadir memerikan sambutan Festival Kesenian Rakyat Kelate 2024 (FKRK 2024) yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Ogos nanti.
Walaupun kedua-dua aktiviti itu sudah sinonim dengan rakyat Kelantan, namun bagi masyarakat luar negeri ini ia merupakan perkara baharu buat mereka.
Iklan
Iklan
Festival tahunan tersebut buat julung kalinya akan diadakan di Pantai Irama di sini bermula jam 8 pagi hingga 11.30 malam itu bakal menyajikan lebih 50 aktiviti menarik.
Timbalan Pengarah JKKN, Norzila Mamat Ghani berkata, jika tahun sebelumnya seramai 55,841 pengunjung hadir dan meletakkan Kelantan antara tiga negeri tertinggi mencatatkan penyertaan selain Wilayah Persekutuan dan Perlis di seluruh negara.
Norzila (dua dari kiri) bersama rakan media yang memenangi hadiah pakaian mengikut tema pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama JKKN di Pantai Kemayang di Bachok pada Rabu.
Iklan
"Pada kali ini kita menjangkakan ia akan dihadiri lebih ramai lagi pengunjung termasuk dari luar Kelantan serta Selatan Thailand.
"Tahun ini juga buat pertama kali kita perkenalkan persembahan tiga penjuru yang diadakan secara serentak melibatkan makyong, dikir barat dan wayang kulit," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama JKKN di Pantai Kemayang di sini pada Rabu.
Iklan
Hadir sama ialah Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor.
Sebahagian daripada media Kelantan dan mereka yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama JKKN di Pantai Kemayang di Bachok pada Rabu.
Menurutnya, dengan cara tersebut pengunjung yang tergolong dalam pelbagai peringkat umur boleh memilih persembahan mana yang diminati untuk ditonton pada hari berkenaan.
Ujarnya, festival tersebut diharap dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 yang sedang berlangsung kini.
Dalam perkembangan sama, Norzila memberitahu, beliau juga memperkenalkan satu aktiviti baharu yang bakal memberikan tarikan iaitu tolak tali.
"Kebiasaannya orang tarik tali, tapi kali ini kita perkenalkan tolak tali. Hendak tahu macam mana, kena hadir pada festival berkenaan," katanya.
Festival Kesenian Rakyat Kelantan merupakan sebuah program yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan tradisi masyarakat Pantai Timur khususnya Kelantan.
Program Pelancongan berasaskan kebudayaan yang utama di negeri Kelantan yang mengangkat kesenian negeri seperti dikir barat, makyong dan wayang kulit, permainan dan makanan tradisional.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.