Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis

Iklan
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

KUALA LUMPUR - Penyasaran subsidi bahan api bukan atas tujuan politik namun kerajaan mahu pastikan kebajikan rakyat terus terbela selain memperkukuhkan kedudukan kewangan negara.

Pengarah dan penganalisis Research Institute for Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib berpendapat, subsidi merupakan elemen wajar dalam suasana ekonomi dunia yang terus dalam ketidaktentuan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keputusan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia juga dilihat satu langkah wajar.

"Mungkin apa yang sedang hendak dibuat pihak kerajaan ialah menghuraikan dari satu sektor ini kepada sektor yang lain. Mungkin nak alihkan subsidi itu kepada bentuk added value, kepada satu sektor yang lain.

Iklan

"Sebagai contoh memacukan keusahawan dalam kalangan B40 dan sebagainya. Jadi itu akan beri dampak yang positif.

"Yang dibimbangi ialah mekanisme bagaimana penghuraian subsidi itu hendak dilakukan dan pada masa yang sama juga kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada negara.

Iklan

"Walaupun nak kata itu kebajikan rakyat, kita tidak boleh gambarkan subsidi sepanjang zaman tetapi penghuraian subsidi itu termasuk kumpulan mana yang perlu terima wajar untuk dilakukan," katanya dalam program Niaga Awani pada Rabu.

Katanya lagi, rasionalisasi subsidi dapat menghasilkan penjimatan kewangan yang besar seterusnya dialihkan untuk memberikan bantuan tunai kepada golongan B40 yang memerlukan.

Tambahnya, sasaran subsidi secara tepat juga dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Dengan pengurusan subsidi diesel yang lebih efisien dan digital, kerajaan mampu meningkatkan kecekapan serta menangani masalah penyeludupan.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Tambah beliau, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!