To Lam angkat sumpah presiden baharu Vietnam

Iklan
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.

HANOI - Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Terdahulu, Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan resolusi mengenai pemilihan Lam, ahli Politbiro dan Menteri Keselamatan Awam sebagai Presiden bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Iklan
Iklan

Beliau dalam ucapan pertama sebagai Presiden berjanji untuk setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan serta melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh parti, negara dan rakyat. - Bernama-VNA

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan