Bekas pelajar tahfiz beri sarapan percuma

Iklan

BERITA SEMASA 22 MEI 2024

Bekas pelajar tahfiz yang juga pemilik kepada Badok Smoke Cafe & Kitchen memberikan sarapan percuma setiap hari Isnin hingga Khamis kepada orang ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Iklan
Iklan

Hidangan seperti nasi, mi, mihun goreng serta nasi lemak itu boleh dinikmati bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di kafe yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Najib Rahimi Abd Rahim, 27, berkata, menu sarapan tersebut berubah setiap hari dan orang ramai boleh datang menikmatinya sehingga habis.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666097/edisi/kelantan/bekas-pelajar-tahfiz-beri-sarapan-percuma

Muzik: Creative Mind dari www.bensound.com

Iklan

#BeritaSemasa #SinarHarian #MakanPercuma