SHAH ALAM - Kanak-kanak yang didera secara seksual terutamanya oleh ahli keluarga sendiri berisiko mengalami Kecelaruan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) yang memberi impak terhadap beberapa kefungsian dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.
Pakar psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nellie Ismail berkata, kefungsian kognitif melibatkan keupayaan menumpukan perhatian, menyelesaikan masalah dan menyimpan maklumat.