Perdasama cadang skim, geran diteruskan untuk syarikat bumiputera

Iklan
Mohd Azamanizam

SHAH ALAM - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mencadangkan skim atau geran wajar diteruskan khusus diberikan kepada syarikat bumiputera yang mempunyai merit dan kelayakan tinggi.

Presiden Perdasama, Mohd Azamanizam Baharon berkata, geran khas juga patut diberikan untuk syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri tinggi, tenaga diperbaharui dan perniagaan berasaskan kecerdasan buatan.

Iklan
Iklan

Katanya, ia selaras dengan aspirasi negara dalam pelan induk perindustrian baharu 2030.

"Saya berharap Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan dua lagi agensi mandat bumiputera terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan pemudahcara dalam membantu bumiputera namun tidak menghapuskan fungsi asalnya.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tiga agensi bermandat bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi dijajar semula selaras dengan matlamat Kerajaan Madani untuk memperkasa dan melonjakkan penyertaan ekonomi bumiputera secara strategik, mampan dan berkesan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia akan dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip Kerajaan Madani yang memberikan keutamaan kepada inklusiviti, keberkesanan dan kelestarian.

Iklan

Tambah Mohd Azamanizam, pihaknya setuju komuniti perniagaan bumiputera tidak selamanya bergantung harap kepada geran dan bantuan kerajaan semata-mata.

"Usaha kementerian dalam membentuk ekosistem yang saling menyokong pertumbuhan termasuk melibatkan penyertaan private entiti, 'angel capital' dan lain-lain penyertaan modal persendirian satu langkah yang baik ke arah membawa negara lebih kaya dan berpendapatan tinggi," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!