JSJK kesan trend iklan produk kesihatan palsu salah guna imej individu terkenal

Iklan
Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR - Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi Internet, susulan terdapat trend pengiklanan produk kesihatan palsu dengan menggunakan imej individu terkenal dalam media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, trend pengiklanan menggunakan kaedah itu bertujuan mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk berkenaan dihasilkan oleh individu terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti media sosial mendakwa gambar dan nama syarikatnya telah digunakan tanpa kebenaran untuk mempromosikan satu produk kesihatan yang dipercayai boleh memudaratkan pengguna.

"Paparan iklan produk kesihatan yang bertujuan mengelirukan dan memperdayakan pembeli ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Ramli berkata, orang ramai boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan daripada Internet atau media sosial. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan