Geng Romi guna inap desa sorok PATI terbongkar

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa dekat Sabak Bernam pada Ahad.

SABAK BERNAM - Tindakan sindiket didalangi warga Indonesia dikenali sebagai Geng Romi yang menyembunyikan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah inap desa dekat sini terbongkar dalam serbuan pada Ahad.

Kesemua warga Indonesia itu dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu melalui jalan laut.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 1.30 pagi.

"Operasi dijalankan mulanya menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007.

Iklan

"Operasi sama turut memberkas lapan individu termasuk tiga wanita berumur 22 hingga 42 di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan 11 individu lagi termasuk seorang wanita berumur 24 hingga 38 tahun di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati aktiviti berkenaan telah berlarutan hampir seminggu di lokasi ini.

Iklan

"Siasatan mendapati rumah ini dijadikan rumah penampungan migran yang keluar dan masuk ke Malaysia melalui jalan laut secara tidak sah.

"Kesemua PATI yang ditahan ini dipercayai membayar kepada sindiket dengan harga antara RM1,200 hingga RM2,000 untuk seorang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!