Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza

Iklan
Joe Biden. Foto AFP

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.

"Awal hari ini, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan tiba di pantai Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional hasil usaha gigih CENTCOM (Komando Pusat AS) dan pasukan kami di USAID (Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Jabatan Negara,” tulis Biden di X, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bantuan yang disediakan oleh USAID termasuk 170 metrik tan bar makanan kaya nutrien yang disesuaikan untuk membantu 11,000 kanak-kanak dan dewasa.

Penghantaran termasuk"makanan terapeutik sedia untuk digunakan dan bekalan penting" yang bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal, air bersih dan sokongan kebersihan kepada lebih 33,000 individu di Gaza.

Iklan

"Lebih banyak bantuan dari AS dan negara lain terus tiba di Cyprus sebelum ia dimuatkan ke kapal untuk penghantaran melalui dermaga,” kata Biden.

Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menangani situasi teruk yang dihadapi oleh penduduk Palestin, menekankan keperluan kritikal untuk mempercepat penyampaian bantuan kepada mereka yang paling memerlukan.

Iklan

Beliau mengulangi kerjasama dengan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza melalui laluan darat, sambil menekankan komitmen untuk meningkatkan usaha kemanusiaan di rantau itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!