Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi

Iklan
Saarani

LENGGONG - Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor, awal pagi Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan itu turut dihulurkan kepada tiga mangsa tragedi dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, bulan lepas.

Iklan
Iklan

"Kesemua penerima sumbangan merupakan anak jati Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi Jumaat, Ahmad Azza Fahmi, 22, dan rakan setugas Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang manakala seorang Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Iklan

Suspek lelaki berusia 21 tahun, dipercayai anggota Jemaah Islamiyah (JI) ditembak mati dalam kejadian tersebut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan