Slot pengendali baharu Liverpool

Iklan
Arne Slot : Foto: EPA

JURULATIH Feyenoord, Arne Slot mengesahkan bahawa dia akan menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengendali Liverpool musim depan.

BBC berkata bulan lalu bahawa kontrak Slot untuk menggantikan Klopp bernilai sehingga £9.4 juta (RM55.9 juta).

Iklan
Iklan

"Perasaan bahawa saya akan meninggalkan pasukan ini semakin kuat. Terdapat beberapa orang yang anda bukan hanya mahu sekadar berjabat berjabat tangan dengannya," kata Slot menjelang perlawanan terakhirnya di kelab itu.

"Pada masa itu, ia bukan mengenai sama ada anda telah menjadi juara atau memenangi piala, tetapi lebih kepada penghargaan," katanya.

Iklan

Slot berpindah ke Feyenoord pada 2021 selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peranan pengurusan pertamanya di AZ Alkmaar.

Dia membawa gergasi Belanda itu ke final Liga Persidangan Europa sulung pada penghujung musim pertamanya, namun mereka tewas tipis 0-1 kepada Roma kendalian Jose Mourinho.

Iklan

Slot kemudiannya menghadiahkan kejuaraan liga kedua dalam tempoh 24 tahun kepada De Kuip musim lalu sebelum menandatangani perjanjian baru selama tiga tahun.

"Anda boleh melihat orang ramai benar-benar kecewa kerana anda akan pergi. Anda boleh mengatakannya dengan kata-kata, tetapi apabila anda melihatnya air muka mereka, ia memberi kesan kepada saya," katanya.

Laman web kelab Feyenoord berkata majlis perpisahan sedang dianjurkan di stadium De Kuip selepas perlawanan terakhir Slot, menentang Excelsior.

Feyenoord telah menikmati musim yang luar biasa apabila memenangi Piala Belanda dan naib juara di belakang PSV Eindhoven yang dengan baki satu perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!