Enam bot nelayan bernilai RM750,000 dimusnahkan

Iklan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan melupuskan enam buah bot nelayan asing yang dianggarkan bernilai RM750,000 pada Khamis.

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan melupuskan enam bot nelayan asing yang dianggarkan bernilai RM750,000 pada Khamis.

Kerja-kerja memusnahkan bot yang melakukan pelbagai kesalahan di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu itu dilakukan pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kesemua bot nelayan asing yang dilupuskan itu adalah hasil daripada penguatkuasaan dan tangkapan yang dilakukan sepanjang tahun 2023.

"Bot-bot tersebut telah dilucut hak oleh mahkamah. Kerja-kerja pelupusan serta pemusnahan bot telah mengambil masa selama dua hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, pelupusan kesemua bot telah dilaksanakan secara lupus musnah.

Ujarnya, ini menunjukkan ketegasan Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!