Ibu sedia derma hati untuk bayi tapi dana tidak cukup

Iklan
Ketua UMNO Bahagian Jempol, Mustapha Nagoor bermesra dengan Ayra Sumayyah Mohamad Assahid yang didukung bapanya, Mohamad Assahid Mohamad Zin.

JEMPOL - Seorang ibu bersedia mendermakan sebahagian hati untuk bayi perempuannya yang menghidap kegagalan fungsi hati, namun menjadi kebuntuannya ketika ini adalah dana yang masih belum mencukupi.

Noor Shahieda Mohamad Ajamin, 33, memerlukan RM250,000 bagi membolehkan Ayra Sumayyah Mohamad Assahid yang berusia 13 bulan untuk menjalani pemindahan hati di China dengan segera.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemindahan hati merupakan rawatan terakhir bagi menyelamatkan nyawa anak keduanya yang kini berusia 13 bulan.

"Hati dah ada, tapi dana pula tak cukup.

Iklan

"Anak saya disahkan menghidap penyakit ini ketika usianya dua minggu dan pada usia 47 hari, dia telah pun menjalani pembedahan pertama bagi mengelakkan hatinya menjadi lebih teruk.

"Tapi nampaknya masalah kuning dia tak hilang dan perutnya makin membesar dan disebabkan itu doktor cadangkan buat pemindahan hati segera sebelum keadaan kesihatannya semakin serius," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan
Mustapha (kiri) menyampaikan sumbangan kepadaMohamad Assahid.

Menurutnya, doktor memaklumkan keadaan kesihatan Arya ketika ini sesuai untuk melakukan prosedur berkenaan kerana jika tidak ia lebih berisiko.

"Dana yang terkumpul ketika ini baru RM70,000. Jumlah yang terkumpul sekarang ini pun hasil sumbangan orang ramai menerusi tabung khas dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kalau duit dah cukup bila-bila masa saja kami boleh ke China untuk buat pemindahan hati," katanya yang tinggal di Bahau di sini.

Ujarnya, Ayra kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur sementara menunggu dana mencukupi untuk menjalani pembedahan di China.

Kata Noor Shahieda, dengan keadaan dirinya yang tidak bekerja dan suaminya, Mohamad Assahid Mohamad Zin, 35, yang bekerja sebagai tentera, mereka mampu menyediakan wang sebanyak itu.

"Saya harap ada sinar buat Arya. Keadaan dia stabil sekarang dengan berat badan yang sesuai, sebab itu doktor minta segera buat pemindahan hati.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal pun sudah ada datang ke rumah melawat kami untuk proses bantuan," katanya.

Jelas suri rumah berkenaan, dia memilih melakukan prosedur pemindahan hati di China kerana diberitahu peluang untuk berjaya adalah tinggi.

"Hati saya ini ada satu saja untuk berkongsi dengan Arya. Jadi saya perlu pilih hospital terbaik dan itu pun saranan dari pihak doktor di sini," katanya.

Dia sebelum itu menerima kunjungan dan sumbangan RM2,000 daripada Ketua UMNO Bahagian Jempol, Mustapha Nagoor.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Noor Shahieda di talian 01126138576 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 162263474429 atas nama Noor Shahieda Mohamad Ajamin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!