Pemandu mabuk mengaku tidak bersalah langgar atlet kayak kebangsaan
Iklan
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, R Dinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.